Cloth diaper ini adalah dari perkataan bahasa inggeris yang bermaksud lampin kain, sebab itu di kalangan para ibu nama manjanya ialah CD (ringkasan untuk C utk Cloth dan D utk Diaper.Biasanya yang menggunakan lampin kain ini adalah kepada bayi atau kanak2 yg masih belum pandai membuang air kecil mahupun air besar dengan sendiri.
Biasanya lampin kain moden ni terdapat dalam dua bahagian, satu bahagian ialah cd cover atau juga seluar lampin dan satu lagi ialah lapisan di dalam yang boleh menampung poo atau pee bayi.
Pocket Pants atau saya panggil CD sahaja
Bahagian Luar dari kain PUL atau fabric polyurethane laminate yang tahan lasak dan waterproof
Bahagian dalam dari Soft Inner Layer atau fabric microfleece/suede berfungsi memastikan punggung bayi berada dalam keadaan kering dan mudah untuk dibersihkan.
Snap Buttons (Butang Katup) : Untuk sesuaikan sz dari S, M dan L.
Pocket Opening : Ruang untuk memasukkan insert/soaker
CLOTH DIAPERS VS DISPOSABLE DIAPERS
DISPOSABLE DIAPERS
Terdiri daripada :
- Dioxin – bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.
- Sodium polyacrylate – Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah0merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.
- TRIBUTYL TIN (TBT) – Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
* Kes ruam lampin yang kian meningkat
Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekrangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.
* Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).
Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.
__________________________________________________ __________________________
KENAPA CLOTH DIAPERS????
1. Jimat kos pembelian.
Walaupun harga sehelai cd akan dipandang mahal bagi pengguna kerana harga sehelai cd dah dapat beli sepeket disposable diapers bukan???. Tapi mari kita fikirkan dari segi jangka masa panjang. Lebih2 lagi kalau anda bercadang mempunyai anak seterusnya.
Mari kita kira……
Kos menggunakan Dispo Diapers
sehari katakan 6 kali, dan katakan harga sekeping DD ialah RM0.60
RM0.60 X 6 = RM3.60 sehari
RM3.60 X 365 hari=RM1314 setahun
RM1314 X 3 =RM3942 untuk 3 tahun
Kos belian Cloth Diapers berharga RM45
Beli 10 helai : 10 x RM45 = RM 450
Beli 20 helai : 20 x RM45 = RM 900
* lebih banyak stok CD anda lebih tahan lama, kerana lambat lusuh
Jimat kerana boleh digunakan untuk anak seterusnya.
Jimat juga kerana boleh digunakan dari saiz S, M dan L
2.Cloth Diapers Lebih Sihat (rujuk kandungan Dispo)
3.Cloth Diapers Mesra Alam
Disposable Diapers merupakan 50% daripada sampah domestik rumah mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.
4.Cloth Diapers Bergaya
Terdapat dalam pelbagai pilihan warna untuk dipakaikan anak-anak kita.
Cara Menggunakan
1. Penggunaan kali pertama, CD dan Insert hendaklah dibasuh tanpa sabun. CD sekurangnya 2x manakala Insert sekurangnya 3x. Kenapa ? Membuang sisa kotoran pengilang dan menambah baik daya serapan fabrik terhadap cecair
2. Masukkan insert ke dalam pocket diaper dan selaraskan saiz yang bersesuaian
3. Untuk penggunaan siang hari boleh gunakan sekeping insert, manakala malam ialah 2 insert. 1 insert boleh tahan 3-4 jam.
Jadual berikut boleh dijadikan rujukan :
7-10 pg : 1 helai cd + 1 insert
10-1 tg : 1 helai cd + 1 insert
1-4 ptg : 1 helai cd + 1 insert
4-7 ptg : 1 helai cd + 1 insert
7-12 mlm : 1 helai cd + 2 insert
12-7 pg : 1 helai cd + 2 insert
So total sehari penggunaan ialah 6 keping CD bersama 8 helai insert