Hi! Selamat datang ke Ibumiqailstore! Disini anda boleh mendapatkan produk-produk yang sesuai untuk memenuhi keperluan anda sebagai seorang wanita, ibu dan bakal ibu. Kami menawarkan produk-produk yang menarik serta berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk kegunaan anda. Selamat Membeli-belah di ibumiqailstore! Sokongan anda amat kami hargai!

Penyusuan Susu Ibu Dari Pandangan Islam

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan pentingdan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.

"Dan Ibu-Ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"

Dari ayat di atas (AL-BAQARAH:233) kita dapat pendirian berikut:


PERTAMA
Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.

KEDUA
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun.

"Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Al-Baqarah:233

KETIGA
Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas si sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

KEEMPAT
Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.

KELIMA
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.

KEENAM
Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memrintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.

Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanhkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga memprtingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan aal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurngkan risiko barah buah dada dan ovari. .

Sumber : Persatuan Penasihat Dan Pakar Laktasi Malaysia

Kenali Cloth diaper

Cloth diaper ini adalah dari perkataan bahasa inggeris yang bermaksud lampin kain, sebab itu di kalangan para ibu nama manjanya ialah CD (ringkasan untuk C utk Cloth dan D utk Diaper.Biasanya yang menggunakan lampin kain ini adalah kepada bayi atau kanak2 yg masih belum pandai membuang air kecil mahupun air besar dengan sendiri.

Biasanya lampin kain moden ni terdapat dalam dua bahagian, satu bahagian ialah cd cover atau juga seluar lampin dan satu lagi ialah lapisan di dalam yang boleh menampung poo atau pee bayi.

Pocket Pants atau saya panggil CD sahaja
Bahagian Luar dari kain PUL atau fabric polyurethane laminate yang tahan lasak dan waterproof
Bahagian dalam dari Soft Inner Layer atau fabric microfleece/suede berfungsi memastikan punggung bayi berada dalam keadaan kering dan mudah untuk dibersihkan.
Snap Buttons (Butang Katup) : Untuk sesuaikan sz dari S, M dan L.
Pocket Opening : Ruang untuk memasukkan insert/soaker

CLOTH DIAPERS VS DISPOSABLE DIAPERS

DISPOSABLE DIAPERS
Terdiri daripada :

- Dioxin – bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.

- Sodium polyacrylate – Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah0merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.

- TRIBUTYL TIN (TBT) – Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

* Kes ruam lampin yang kian meningkat
Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekrangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.

* Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).
Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

__________________________________________________ __________________________

KENAPA CLOTH DIAPERS????

1. Jimat kos pembelian.

Walaupun harga sehelai cd akan dipandang mahal bagi pengguna kerana harga sehelai cd dah dapat beli sepeket disposable diapers bukan???. Tapi mari kita fikirkan dari segi jangka masa panjang. Lebih2 lagi kalau anda bercadang mempunyai anak seterusnya.

Mari kita kira……

Kos menggunakan Dispo Diapers
sehari katakan 6 kali, dan katakan harga sekeping DD ialah RM0.60

RM0.60 X 6 = RM3.60 sehari
RM3.60 X 365 hari=RM1314 setahun
RM1314 X 3 =RM3942 untuk 3 tahun

Kos belian Cloth Diapers berharga RM45

Beli 10 helai : 10 x RM45 = RM 450
Beli 20 helai : 20 x RM45 = RM 900
* lebih banyak stok CD anda lebih tahan lama, kerana lambat lusuh

Jimat kerana boleh digunakan untuk anak seterusnya.
Jimat juga kerana boleh digunakan dari saiz S, M dan L

2.Cloth Diapers Lebih Sihat (rujuk kandungan Dispo)

3.Cloth Diapers Mesra Alam
Disposable Diapers merupakan 50% daripada sampah domestik rumah mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.

4.Cloth Diapers Bergaya
Terdapat dalam pelbagai pilihan warna untuk dipakaikan anak-anak kita.

Cara Menggunakan

1. Penggunaan kali pertama, CD dan Insert hendaklah dibasuh tanpa sabun. CD sekurangnya 2x manakala Insert sekurangnya 3x. Kenapa ? Membuang sisa kotoran pengilang dan menambah baik daya serapan fabrik terhadap cecair

2. Masukkan insert ke dalam pocket diaper dan selaraskan saiz yang bersesuaian

3. Untuk penggunaan siang hari boleh gunakan sekeping insert, manakala malam ialah 2 insert. 1 insert boleh tahan 3-4 jam.

Jadual berikut boleh dijadikan rujukan :
7-10 pg : 1 helai cd + 1 insert
10-1 tg : 1 helai cd + 1 insert
1-4 ptg : 1 helai cd + 1 insert
4-7 ptg : 1 helai cd + 1 insert
7-12 mlm : 1 helai cd + 2 insert
12-7 pg : 1 helai cd + 2 insert

So total sehari penggunaan ialah 6 keping CD bersama 8 helai insert

Cloth Diaper


Kami menawarkan 6 warna menarik iaitu biru, merah, ungu, orange, hijau dan kuning sebagai pilihan untuk anak anda.

Harga CD:

1 Helai = RM 45.00

3 Helai = RM 120.00

Kos Penghantaran (Semanjung Malaysia) = RM 6.00

Kos Penghantaran (Sabah & Sarawak) = RM 10.00

Harga boleh dirunding sekiranya anda membeli dalam kuantiti yang banyak.



Manfaat Susu Ibu Untuk Semua

Manfaat susu ibu untuk semua PUJIAN harus diberikan kepada ibu yang memberikan susu badan kepada anak. Walaupun kesedaran mengenai kepentingan memberikan susu badan semakin meningkat, ia masih belum mencapai sasaran. Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 1996 menunjukkan, kadar penyusuan badan hanya sekitar 88.6 peratus dan masih banyak usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan semua ibu di negara ini memberikan susu badan secara eksklusif selama enam bulan.

Penghasilan susu akan bertambah dengan penurunan paras hormon progesteron, iaitu dalam tempoh 30 hingga 40 jam selepas bersalin. Pada ketika ini, badan akan merembeskan prolaktin dan oksitosin (hormon yang menghasilkan susu). Hisapan puting oleh bayi juga akan merangsang penghasilan susu. Paras prolaktin perlu tinggi untuk membolehkan susu dihasilkan. Bagaimanapun, ada kalanya pengeluaran susu terhenti jika penyusuan tidak berlaku secara sempurna dan susu yang terhasil tidak keluar dari payudara, walaupun paras prolaktin tinggi. Biasanya bayi hanya menyusu tiga kali dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas kelahiran. Kekerapan ini akan meningkat pada hari kelima dan menurun kembali pada hari ketujuh atau kelapan.

Namun ada cara untuk menggalakkan penyusuan ibu iaitu tidak memberikan puting tiruan kepada bayi. Ia bukan saja tidak membantu, malah menyukarkan bayi untuk menyusu susu ibunya. Seperkara yang menarik, bayi tidak akan mengalami masalah keracunan kerana susu ibu adalah makanan paling bersih dan steril, walaupun ibu menghidap penyakit. Malah, ia boleh diberi sekerap mungkin selama mana bayi memerlukannya. Beberapa faktor boleh merencatkan penghasilan susu badan iaitu apabila ibu berasa runsing, takut, sakit, malu dan bimbang.

Malah, tabiat merokok dan minum minuman keras perlu dihindarkan sama sekali, baik ketika mengandung atau selepas bersalin. Memberi susu badan bukan saja mendatangkan manfaat kepada ibu dan anak, tetapi kesannya turut dirasai masyarakat. Ibu harus faham, bayi anda berhak mendapat makanan terbaik dan anak tidak sepatutnya diberikan makanan atau minuman selain susu ibu, kecuali atas sebab tertentu.

Manfaat kepada bayi:

  • Susu ibu mengandungi protein, lemak dan asid lemak omega 3 yang mudah hadam untuk membantu perkembangan mental.
  • Antibodi dalam susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit gangguan usus, masalah pernafasan dan jangkitan telinga.

  • Susu ibu mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan kanser di kalangan kanak-kanak.

  • Kanak-kanak yang diberikan susu badan terlindung daripada masalah alahan.

  • Susu badan mengurangkan risiko radang usus bagi bayi pramatang.

  • Susu badan juga mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan rahang.

  • Memberikan susu badan mengelakkan sindrom kematian bayi secara mengejut.

  • Susu badan dikatakan mampu merendahkan risiko diserang penyakit jantung apabila dewasa kelak.

  • Anak yang diberikan susu badan kurang mendapat masalah cirit-birit dan ini akan mengurangkan perbelanjaan perubatan.

  • Merapatkan hubungan di antara ibu dan anak.

Manfaat kepada ibu:
  • Melindungi ibu daripada kanser payu dara dan rahim.
  • Membantu mengurangkan berat badan secara semula jadi dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin yang dihasilkan mempercepatkan pengecutan rahim.

  • Proses di atas akan mengurangkan tempoh pengeluaran darah nifas.

  • Mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin.

  • Merendahkan risiko osteoporosis dan masalah jantung.

  • Menjimatkan belanja untuk membeli susu formula.

  • Pemberian susu badan antara cara merancang keluarga dan dapat menjarakkan anak secara semula jadi.

  • Biasanya ibu yang memberikan susu badan akan berasa lebih puas hati dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu.

Manfaat kepada masyarakat:
  • Pasangan yang baru mendapat anak masih boleh meluangkan masa untuk bersama keluarga dan masyarakat.

  • Mengurangkan kos rawatan, perubatan dan ujian makmal.

  • Menjimatkan sumber alam sekitar kerana penggunaan tenaga dan pencemaran dikurangkan.

  • Apabila anak sihat, ibu dan bapa boleh menumpukan perhatian kepada kerja dan menjadi lebih produktif.

Sumber : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

ORDER DI SINI

FULL NAME :
EMAIL ADDRESS :
CONTACT NO :
MAILING ADDRESS :
LIST OF ORDER :
METHODS OF PAYMENT
This online form was provided by Freedback.

Thank you

Photo Gallery